Jangan Tangguhkan ....

Assalammualaikum kepada sahabat semua...tadi Ms Cinderella telah berbicara.. ^_^...dan sekarang saya mengambil sedikit masa anda semua untuk membicara topik tentang agama..saya ni agama Islam..agama yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w...dan diturunkan melalui Al-quran...Allah s.w.t yang turunkan agama ini untuk dijadikan panduan hidup kita...baiklah topik kali ni tentang TAUBAT...yalah..taubat..taubat nasuha...

kita sebagai manusia mesti selalu buat kesilapan..dan kita tak dapat lari dari kesilapan...tetapi kita tak patut terus dalam kesilapan...kita harus keluar dari ruang gelap..kerana kesilapan yang selalu akan merugikan kita di dunia dan di akhirat...kita kena lah selalu beringat...Allah s.w.t maha pengampun..jadi setiap kesalahan kita pasti Allah ampunkan kerana Allah sayangkan hambanya.dan janganlah kita ulangi kesalahan itu..insyaAllah..Allah pasti ampunkan..

Jadi sebagai nak meminta maafkan kepada Allah s.w.t atas segala dosa kita yang selama ini kita lakukan dan kita terhanyut dalam alam kegelapan...kuncinya ialah Taubat...taubat itu penting..taubat itu suatu langkah ke syurga...taubat itu boleh menghapuskan dosa silam kita..Allah swt sentiasa menunggu hambanya kembali kepadanya..apabila kita rasa ingin bertaubat...kita tak patut tangguhkan..kerana akan memberi pelbagai masalah pada kita..kita haruslah segerakan taubat..InsyaAllah andai kita taubat dan istiqamah dengan taubat kita pastu Allah s.w.t terima taubat kita..

Ini sebabnya kenapa kita tak patut tangguhkan taubat...antaranya ialah,andai kita tangguh kan taubat..kita tak tahu hari kematian kita.itu Allah swt yang tentukan..jadi takut takut kita tak sempat taubat lalu kita mati...belum tentu kita cium syurga dengan amalan kita yang dulu...selain itu..sifat tangguh ini buruk bagi kita..apabila jadi habit maka akan membuat diri kita menjadi seseorang suka tangguh kerja dan itu akan membuatkan ramai orang tak suka dekat kita...

berharap...dengan penulisan saya yang sedikit sebanyak ini boleh memberi kesan positif kepada semua..insyaAllah sama-sama kita berubah ke arah lebih baik...WASALAM 
(mr Cadburry)

No comments:

Post a Comment