rihanna cetuskan kontroversi







Penyanyi terkenal Rihanna diarah keluar dari Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi setelah mengadakan satu sesi bergambar di kawasan masjid.

Walaupun memakai hijab dan 'jumpsuit' serba hitam yang menutup badan beliau, pihak masjid berpendapat ia tidak menghormati tempat berkenaan sebagai rumah ibadah. 

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Masjid Sheikh Zayed kepada lawan web The National dari Abu Dhabi, ia mengalu-alukan pelancong dari seluruh dunia untuk melawat Masjid berkenaan namun berharap mereka juga dapat mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak masjid.

"Sekiranya tingkah laku melanggar kod moral masjid, atau peraturan-peraturan lain - seperti mengambil gambar yang tidak sesuai, 'pose' yang membelakangkan konteks tempat suci, bercakap dengan kuat, atau makan - pelawat akan ditegur dengan sopan. Selalunya, mereka akan menghormati itu."

Gambar-gambar penyayi yang berasal dari Barbados ini telahpun dimuat naik di laman Instagram beliau dan menerima pelbagai reaksi.

@dulce_sahara: "Tidak boleh mengambil gambar di rumah ibadat agama. Ia seperi satu penghinaan"

@doodlesbykitteh: "Ini adalah masjid, bukan pantai"

@dalaloa: "Anda perlu hormat kawasan yang anda lawati. Anda fikir anda siapa?"

@azyiezah: "Ri, saya peminat anda tetapi hormati Masjid dan saya tidak suka gambar ini. Saya masih sayangi anda."

@thshtkray: "Sudah klik 'Like'. Gambar yang begitu cantik."



Thanks for reading (jarijemarikecil)

Raya style aku

Assalamualaikum

    Hye uolls, Ms Cinderella here!!! mesti kamu kamu dan kamu ternanti2kan kemunculan si comel bermata sepet nie kan???kan2???hahaha ( ketawa puas hati dengan perut yang kekenyangan). Actually, aku nak umumkan yang aku akan menyambut Hari Raya Aidiladha kali nie di kampung halaman aku iaitu Kuala Terengganu dengan muka bangganya menaip,macam kau sorang ja ada kampung,hahaha.Disebabkan aku kebosanan aku pun godek2 laaa blog nie.Giloss kau 8 jam dalam kereta,kau nak buat apa?? mati kebosanan aku.
      Untuk raya haji kali nie, tiada persiapan apa2 pun,baju pun main sarung jaa yang raya aidilfitri punya.Helooo... buat apa nak membazir,dah sah2 baju tu masih oke untuk dipakai. Raya tahun depan pun boleh pakai lagi tau,haaaa..kat mana hang nak jumpa perempuan kedekut macam aku nie, lagi boleh sarung,sarung jaaa,,..diajar oleh bonda ku apa itu erti JANGAN MEMBAZIR!!! hahaha

  Di sini,aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam di Malaysia dan luar Malaysia,manalah tau kan kot2 laaa blog nie tak terkenal di Malaysia but famous dekat luar negara..hahaha amboi kau jemah berangan kalau boleh nak tinggi ajee..:) sampai sini jewla dulu,tunggu entry seterusnya tentang holiday aku di Terengganu..see u again uolls.

                       
                                                                BUBYE PENANG...

Thanks for reading ( jarijemarikecil)




Kalau aku kaya


Assalamualaikum
 Hye uolls, Ms Cinderella here

                                               What's up? hye uolls,dah lama aku anak tirikan blog nie,dah berhabuk pun,bukan main tebal lagi berinci2.Nak kata aku busy mengalahkan menteri takda lah sangat, makan tidur dan menternak lemak tu adalah.hahaha.(huwaaa!!!! KILO DAH MENINGKAT)
Aku dah cuba berdiet tapi nak buat macam mana kan,nafsu makan nie kuat sangat,nak makan itulah inilah..Haaaaa!! macam mana nak turun berat badan tu kalau cam gini?? sebenarnya aku nie jenis yang agak liat nak bersenam sebab tu lemak aku nie pun liat nak menghilangkan dirinya dari badan aku.(hei!!!apa yang kau mengarut nie,kembali ke topik asal la cik kak!)
Actually,bukan benda nie yang aku nak mengomel panjang2 hari nie,yang aku nak bebelkan ialah pasal video dekat bawah nie.Sumpah sedih weeehhh, aku menangis hentak2 kaki tengok video.Timbul kesedaran dalam diri aku bila tengok video nie, selama nie kita terlalu dilimpahi dengan kesenangan hingga kita lupa tentang nasib orang disekeliling kita.Kita menjadi manusia yang selfish dengan kesenangan yang kita ada,padahal dekat luar sana tu ramai saudara kita yang tidak bernasib baik.Sebelum aku membebel panjang2 lagi apa kata uolls tengok dulu video nie.

Sedih kan?? :( 

Aku yakin ramai di antara kita yang selalu membazir terutamanya time puasa,right?? Malaysia terkenal dengan makanan selain daripada pelancongan, negara kita sana sini ada jual makanan, sehingga negara kita berjaya melahirkan ramai obesiti yang comel2 tu.(adakah aku pun tersenarai sekali?) Pernah tak kita terfikir tentang negara jiran yang majoriti masyarakatnya dari golongan yang miskin, contohnya macam negara India, di sana ramai yang tak bernasib baik macam kita, mereka melalui kehidupan yang susah.Nak makan nasi tomato macam kita pun susah tau,ehhh?? ada ka nasi tomato dekat sana??

Di sana serba serbi kurang dari segi perubatan,pendidikan,perkerjaan dan sebagainya,cukuplah tu,kalau nak senaraikan sampai subuh esok pun belum habis rasanya,yang pasti banyak kekurangan berbanding dengan kita yang terlebih senang pula,Semua dah tersedia elok untuk kita,tinggal nak dengan tak nak jaaa..Rasanya tak salahkan kalau kita dengan hati yang ikhlas menghulurkan bantuan kepada mereka yang teramat memerlukan bantuan daripada kita terutamanya kanak2.Tak habis pun harta tujuh keturunan anda tu kalau membantu mereka,bersedekah dan membantu golongan yang memerlukan bukan satu kerugian pun.Cubalah dekati,kenali dan selami kehidupan mereka.Dalam kehidupan nie kita ada dua pilihan, semuanya bergantung pada diri kita,yang mana menjadi pilihan kita.Kalau aku kaya dah lama aku jadi terlebihsukarelawan dan pergi bantu mereka, tapi nak buat macam mana kan makan minum pun masih ditanggung parents,ada hati nak tanggung hidup orang lain pula,but sekurang2nya aku ada gak niat murni nak membantu.kan2???hehe.


THANKS FOR READING :) SEE U AGAIN UOLLS ~~~