RAGUT LAGI :(

Assalamualaikum semua.

 Baru harini aku dapat update blog, agak bz kebelakangan nie yewla minggu depan dah start final exam!!!! giler kau nak lenggang kangkung (kangkung dah murah tau sekarang..haha). Otak aku pun dah naik tepu asyik mengadap black & white paper tu. JEMU TAU TAK!!!

 Weh nak tau tak baru2 nie ada kisah tragis yang berlaku pada aku, NGERI!!! Aku kena ragut!! sob sob sob... akibat kejadian tu aku kehilangan gelang pemberian mama aku, sedih weh aku sayang kot gelang tu walaupun tak ori..(zhulian jew..hihihi) Padan muka peragut tu dapat barang ciplak jee..Seriously, kalau aku ada magic power macam Barbie tu dah lama aku sumpah hang jadi belacan pastu aku bagi singa makan.huh!!! geram aku. Macam mana aku kena ragut tu biarlah rahsia, sumpah ngeri nak ingat balik.Alhamdulillah aku masih hidup dan selamat hanya mengalami luka ringan tapi luka yang parah pada cerebrum aku. Allah SWT tu sentiasa ada dan sentiasa melindungi hambaNya.

Aku masih trauma dengan kejadian tu sampaikan nak keluar rumah walau sekentut pun aku perlu orang teman, aku dah tak berani nak bersendirian pergi mana2. Zaman sekarang ramai sangat manusia yang tak berperikemanusiaan nie. Akibat mat bangla menguasai perkerjaan dekat malaysia sekarang nie, anak2 melayu kita hanya layak berkerja sebagai penjenayah.Maaflah bukan aku nak kutuk bangsa sendiri tapi lepas apa yang jadi dekat aku dan orang yang ragut tu bangsa sendiri, serious aku sedih. Bangsa lain berlumba2 nak berjaya, anak melayu pulak berlumba mati-matian jadi penjenayah terhebat. Memang hebatlah.. patut dapat award. Nasihat aku berhati-hatilah terutama kaum wanita kerana kita nie famous sangat sampai jadi sasaran mamat2 bertopeng hitam nie.Take care yourself dear, bila keluar rumah tu try la cari peneman jangan tunjuk berani jalan2 sorang2.Sebelum tinggalkan blog nie sudi-sudilah baca tips untuk elak di ragut.. IMPORTANT!!!!

              Di manakah peragut dan penyeluk saku bertindak??? 
* Penjenayah ini sering bertindak di jalan atau lorong yang gelap atau sunyi.
* Lazimnya penjenayah ini menggunakan kenderaan seperti motosikal atau kereta untuk melakukan kegiatan mereka.
             Bagaimana ia boleh berlaku??? 
* Memakai barang kemas yang sangat ketara dan mendedahkannya untuk tontonan orang ramai.
* Membawa beg tangan dengan cara yang memudahkan peragut meragut.
* Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat sibuk dan sesak.
 * Meninggalkan beg yang berisi wang di kaunter pintu masuk pusat membeli-belah semasa masuk untuk membeli-belah.
* Menyimpan beg duit di kocek belakang yang tidak berbutang.
                       Langkah-langkah keselamatan dari diragut:
 * Sentiasa membawa wang secara minima, guna kad debit dan lain-lain.
* Selindung wang daripada pandangan umum supaya tidak menarik perhatian penjenayah.
 * Sentiasa membimbit atau mengepit beg tangan dan tidak disangkut atau disandang pada baju supaya ia lebih sukar diragut dan jika diragut boleh mengelak dari berlaku kecederaan kerana diseret.
* Elakkan dari berjalan seorang diri di tempat-tempat sunyi atau semasa menaiki lif.
* Ketika berjalan di atas jalan raya atau lain-lain, sentiasa berjalan secara bertentangan dengan arus lalulintas supaya dapat melihat apa jua kenderaan yang datang dari arah hadapan. Beg tangan pula dikepit atau dibimbit dengan tangan kanan.
* Elakkan dari memakai dan mendedahkan barang kemas secara berlebihan yang boleh menarik perhatian penjenayah.
* Elak dari meletak beg tangan yang mudah dicapai oleh orang lain umpamanya di atas kaunter, di dalam bakul pasar dan sebagainya.
* Memasang alat penggera pencegahan ragut pada beg tangan atau membeli dan tahu penggunaan ''pepper spray''


No comments:

Post a Comment