Assalammualaikum...Hye..

Kepada semua rakan-rakan..entry kali ini tentang Cinta..yalah ini nasihat cinta atas dasar pengalaman..kita tak boleh menyalahkan sebelah pihak sahaja andai cinta kecundang...sebenarnya cinta dan kasih sayang ni sifat yang Allah s.w.t turunkan...Allah s.w.t juga mempunyai sifat itu...tetapi Kasih Allah s.w.t adalah setanding maha dan tinggi lagi..kita sebagai hambanya tidak mampu nak mencapai kasih sayang Nya dan juga baginda Rasulullah s.a.w...


Saya percaya yang anda semua pernah bercinta..saya juga percaya anda semua pernah merasai dicintai..saya disini kali ini ingin menasihat tentang membuat keputusan dalam percintaan sama ada permulaan percintaan,di tengah percintaan ataupun di akhir percintaan(bagi yang tak bertahan)...

Percayalah setiap percintaan antara manusia ini pasti mempunyai indahnya dan dukanya...kerana di dunia ini ada baik ada buruk..sama adil..dalam percintaan pasti ada keadaan yang memerlukan keputusan tepat serta bernas...disini saya mempunyai sedikit ilmu untuk dikongsikan bersama anda dalam membuat keputusan ini..walaupun tak seberapa tapi ini mampu membantu..antaranya ialah:
  1. Dalam membuat keputusan tentang cinta kita mestilah tak membuat mengikut perasaan marah,geram serta sewaktu dengan nya..kerana ini membolehkan kita membuat keputusan tanpa berfikir..
  2. Selain itu,kita mesti melakukan keputusan mengikut ilmu kita andai mempunyai ilmu dan dasar pengalaman kita..janganlah ketepikan pengalaman kita yang dulu...itu akan membina kita di masa hadapan...
  3. Seterusnya,setiap keputusan di lakukan mestilah berfikir panjang dan berpandangan luas serta jauh..maknanya kita kena mengambil masa lapang untuk lakukan keputusan itu kecuali keadaan betul-betul terpaksa segera...
  4. Sabar itu amatlah penting..
  5. Meminta pendapat rakan-rakan kita yang berguna dan ibu bapa kita juga tak salah untuk minta pendapat...
  6. Berdoa kepada Tuhan tentang keputusan kita..Istiqarah..akhir sekali tawakal...

Sekian itu sahaja setakat ini...nanti akan ada lagi Entry tentang cinta..nasihat-nasihat..cara-cara..dan lain-lain lagi..k la wasalam..
(mr.Cadburry)


No comments:

Post a Comment