i'm back

Assalamualaikum blogger sekalian.
      Dah berdekad aku xupdate blog ni, dah jadi apa pun aku tak taulah. Kalau buka pun setakat nak delete post2 aku yang dah berkurun lama,post ala2 bebudak choki2 gituuuu..(pra matang) Malu jugak lah bila nengok balik, sampai kesudah tak mengaku diri sendiri yang tulis semua tuu.. :-) Malam ni aku tak ada lah nak membebel bebanyak, idea pun tak mai lagi, almaklum lah otak tak kreatif tapi gedik nak main blog.Terpengaruh dengan akak patin and akak irine la katakan.haha.
 

  Tak lama lagi aku dah nak habis study aku yang dirasakan macam 100 tahun lamanya, padahal 3 tahun ja pun. Bila dah dekat2 nak habis ni baru nak dapat hidayah and kesedaran.. "Aku nak buat apa erk pasni?" woii !!! ini yang dikatakan dapat hidayah?? hala tuju hidup pun tak tau, sememangnya ni la diriku yang tak pernah nak sedar.Apa yang ada dalam otak aku sekarang ni, aku nak habiskan saki baki praktikal aku yang tinggal lagi seminggu. Maybe lepas tu, baru fikir kot hala tuju aku pasni :-)  kalau tak nampak jugak, aku suruh mak aku kawin kan aku jaa.. diploma aku tu simpan bawah bantal buat jeruk.


Thanks for reading

RAGUT LAGI :(

Assalamualaikum semua.

 Baru harini aku dapat update blog, agak bz kebelakangan nie yewla minggu depan dah start final exam!!!! giler kau nak lenggang kangkung (kangkung dah murah tau sekarang..haha). Otak aku pun dah naik tepu asyik mengadap black & white paper tu. JEMU TAU TAK!!!

 Weh nak tau tak baru2 nie ada kisah tragis yang berlaku pada aku, NGERI!!! Aku kena ragut!! sob sob sob... akibat kejadian tu aku kehilangan gelang pemberian mama aku, sedih weh aku sayang kot gelang tu walaupun tak ori..(zhulian jew..hihihi) Padan muka peragut tu dapat barang ciplak jee..Seriously, kalau aku ada magic power macam Barbie tu dah lama aku sumpah hang jadi belacan pastu aku bagi singa makan.huh!!! geram aku. Macam mana aku kena ragut tu biarlah rahsia, sumpah ngeri nak ingat balik.Alhamdulillah aku masih hidup dan selamat hanya mengalami luka ringan tapi luka yang parah pada cerebrum aku. Allah SWT tu sentiasa ada dan sentiasa melindungi hambaNya.

Aku masih trauma dengan kejadian tu sampaikan nak keluar rumah walau sekentut pun aku perlu orang teman, aku dah tak berani nak bersendirian pergi mana2. Zaman sekarang ramai sangat manusia yang tak berperikemanusiaan nie. Akibat mat bangla menguasai perkerjaan dekat malaysia sekarang nie, anak2 melayu kita hanya layak berkerja sebagai penjenayah.Maaflah bukan aku nak kutuk bangsa sendiri tapi lepas apa yang jadi dekat aku dan orang yang ragut tu bangsa sendiri, serious aku sedih. Bangsa lain berlumba2 nak berjaya, anak melayu pulak berlumba mati-matian jadi penjenayah terhebat. Memang hebatlah.. patut dapat award. Nasihat aku berhati-hatilah terutama kaum wanita kerana kita nie famous sangat sampai jadi sasaran mamat2 bertopeng hitam nie.Take care yourself dear, bila keluar rumah tu try la cari peneman jangan tunjuk berani jalan2 sorang2.Sebelum tinggalkan blog nie sudi-sudilah baca tips untuk elak di ragut.. IMPORTANT!!!!

              Di manakah peragut dan penyeluk saku bertindak??? 
* Penjenayah ini sering bertindak di jalan atau lorong yang gelap atau sunyi.
* Lazimnya penjenayah ini menggunakan kenderaan seperti motosikal atau kereta untuk melakukan kegiatan mereka.
             Bagaimana ia boleh berlaku??? 
* Memakai barang kemas yang sangat ketara dan mendedahkannya untuk tontonan orang ramai.
* Membawa beg tangan dengan cara yang memudahkan peragut meragut.
* Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat sibuk dan sesak.
 * Meninggalkan beg yang berisi wang di kaunter pintu masuk pusat membeli-belah semasa masuk untuk membeli-belah.
* Menyimpan beg duit di kocek belakang yang tidak berbutang.
                       Langkah-langkah keselamatan dari diragut:
 * Sentiasa membawa wang secara minima, guna kad debit dan lain-lain.
* Selindung wang daripada pandangan umum supaya tidak menarik perhatian penjenayah.
 * Sentiasa membimbit atau mengepit beg tangan dan tidak disangkut atau disandang pada baju supaya ia lebih sukar diragut dan jika diragut boleh mengelak dari berlaku kecederaan kerana diseret.
* Elakkan dari berjalan seorang diri di tempat-tempat sunyi atau semasa menaiki lif.
* Ketika berjalan di atas jalan raya atau lain-lain, sentiasa berjalan secara bertentangan dengan arus lalulintas supaya dapat melihat apa jua kenderaan yang datang dari arah hadapan. Beg tangan pula dikepit atau dibimbit dengan tangan kanan.
* Elakkan dari memakai dan mendedahkan barang kemas secara berlebihan yang boleh menarik perhatian penjenayah.
* Elak dari meletak beg tangan yang mudah dicapai oleh orang lain umpamanya di atas kaunter, di dalam bakul pasar dan sebagainya.
* Memasang alat penggera pencegahan ragut pada beg tangan atau membeli dan tahu penggunaan ''pepper spray''


14th Penang Career & Postgraduate Expo 2013





                                   

                                                               

                                                Date:23.11.2013 to 24.11.2013
                                               Time:10.00 a.m. - 6.00 p.m.
                                             Venue:Penang International Sports Arena
                                          Location:Bayan Lepas, Penang
                                               Type:Career & Postgraduate Expo

UNTUK MAKLUMAT LANJUT BOLEH KLIK LINK INI :
Thanks for reading  (jarijemarikecil) ms cinderella
tekan like di bawah :)

rihanna cetuskan kontroversi







Penyanyi terkenal Rihanna diarah keluar dari Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi setelah mengadakan satu sesi bergambar di kawasan masjid.

Walaupun memakai hijab dan 'jumpsuit' serba hitam yang menutup badan beliau, pihak masjid berpendapat ia tidak menghormati tempat berkenaan sebagai rumah ibadah. 

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Masjid Sheikh Zayed kepada lawan web The National dari Abu Dhabi, ia mengalu-alukan pelancong dari seluruh dunia untuk melawat Masjid berkenaan namun berharap mereka juga dapat mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak masjid.

"Sekiranya tingkah laku melanggar kod moral masjid, atau peraturan-peraturan lain - seperti mengambil gambar yang tidak sesuai, 'pose' yang membelakangkan konteks tempat suci, bercakap dengan kuat, atau makan - pelawat akan ditegur dengan sopan. Selalunya, mereka akan menghormati itu."

Gambar-gambar penyayi yang berasal dari Barbados ini telahpun dimuat naik di laman Instagram beliau dan menerima pelbagai reaksi.

@dulce_sahara: "Tidak boleh mengambil gambar di rumah ibadat agama. Ia seperi satu penghinaan"

@doodlesbykitteh: "Ini adalah masjid, bukan pantai"

@dalaloa: "Anda perlu hormat kawasan yang anda lawati. Anda fikir anda siapa?"

@azyiezah: "Ri, saya peminat anda tetapi hormati Masjid dan saya tidak suka gambar ini. Saya masih sayangi anda."

@thshtkray: "Sudah klik 'Like'. Gambar yang begitu cantik."



Thanks for reading (jarijemarikecil)

Raya style aku

Assalamualaikum

    Hye uolls, Ms Cinderella here!!! mesti kamu kamu dan kamu ternanti2kan kemunculan si comel bermata sepet nie kan???kan2???hahaha ( ketawa puas hati dengan perut yang kekenyangan). Actually, aku nak umumkan yang aku akan menyambut Hari Raya Aidiladha kali nie di kampung halaman aku iaitu Kuala Terengganu dengan muka bangganya menaip,macam kau sorang ja ada kampung,hahaha.Disebabkan aku kebosanan aku pun godek2 laaa blog nie.Giloss kau 8 jam dalam kereta,kau nak buat apa?? mati kebosanan aku.
      Untuk raya haji kali nie, tiada persiapan apa2 pun,baju pun main sarung jaa yang raya aidilfitri punya.Helooo... buat apa nak membazir,dah sah2 baju tu masih oke untuk dipakai. Raya tahun depan pun boleh pakai lagi tau,haaaa..kat mana hang nak jumpa perempuan kedekut macam aku nie, lagi boleh sarung,sarung jaaa,,..diajar oleh bonda ku apa itu erti JANGAN MEMBAZIR!!! hahaha

  Di sini,aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam di Malaysia dan luar Malaysia,manalah tau kan kot2 laaa blog nie tak terkenal di Malaysia but famous dekat luar negara..hahaha amboi kau jemah berangan kalau boleh nak tinggi ajee..:) sampai sini jewla dulu,tunggu entry seterusnya tentang holiday aku di Terengganu..see u again uolls.

                       
                                                                BUBYE PENANG...

Thanks for reading ( jarijemarikecil)