Bayi dibakar

ASSALAMUALAIKUM





JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun dijumpai mati dibakar dengan perut terburai sebelum dibuang di kaki sebuah bukit di Jalan Salleh, Bukit Chagar di sini semalam.
Timbalan Ketua Polis Johor Bahru Selatan (JBS), Superitendan Abdul Samad Salleh berkata, anggota badan mangsa didapati rentung 80 peratus.
Pihaknya juga percaya, kanak-kanak malang itu dibakar dengan sejenis minyak dan kemudian dibungkus dalam plastik.
Bagaimanapun, identitinya masih belum dikenal pasti.
“Mayat itu dipercayai berada di kawasan ini kira-kira 12 jam yang lalu dan perut kanak-kanak terbabit juga didapati terburai,” katanya kepada Kosmo!.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1222&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2FpHBdWLc 
Hakcipta terpelihara 


Kawan2 dah baca??? apa perasaan anda?? siapakah yang melakukan ini semua??dimanakah akal fikiran mereka?? persoalan ini bermain2 difikiran sesiapa saja yang melihat keadaan budak nie.. betulkan??hummm...sedih dan sebak melihat keadaan bayi nie..  x dapat bayangkan bertapa sakitnya bayi nie dibakar... cuba bayangkan jika bayi nie masih hidup sewaktu dibakar.. Ya Allah sakitnya!!!!   


(Ms Cinderella)

Sorry!


Sorry...right now at 1.08 am 14/12/12 we do some work on this blog...now at under construction..hope finish as soon as possible... 

(mr.Cadburry)

NASIB KANAK-KANAK YANG DIDERA

ASSALAMUALAIKUM..,

Selamat petang kawan2, Ms Cinderella here!!! How are u guys ??? hope semua dalam keadaan sihat walafiat...apa yang kamu semua sedang buat time2 sekarang nie?hehe,,,saja nak menyibuk hal tepi kain korang.. boleh kan2..hihi.. aduhh boring laaa ,cuti sem nie xtahu nak pergi mana so jawabnya terbongkang lah atas katil menghadap blog nie sambil mncari idea yang lambat bebenor munculnya.. mybe cukai nak masuk otak nie mahal kot 2 yang lambat sikit nak munculkan diri..

heeee guys!! malam nie jangan lupa tau HARIMAU vs GAJAH ... Pada perlawanan yang lepas harimau malaya seri 1-1  dengan gajah.. so malam nie ramai2 berkumpul depan tv yew, ajak lah kaum kerabat korang 2...mok cik, pok cik,atuk nenek... kita GOLLLLL!!!!! ramai2.. korang boleh mengeratkan silaturrahim, yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita satukan.
Rasanya dah banyak sye merepek, merapik,merapu,kerapu..hahaha... tujuan sebenar sye menulis nie adalah untuk berkongsi sesuatu dengan korang semua. Nak tau apa dia??? oke mai sini nak bisik,,shhhhh jangan bsing2 nanti jiran sebelah dengar.Kantoi laaa!!! hehe..oke hari nie sye nak bercerita tentang kes penderaan yang semakin meningkat sekarang nie, sungguh menyedihkan.:( Setiap hari buka saja paper,tv, radio and nak   upgrade sikit dekat internet. berlambak2 kes tentang penderaan terhadap kanak2. berlinangan airmata setiap kali baca tentang kanak2 yang didera hingga mati..

Ya Allah, apa salah mereka sehingga tergamak memukul mereka. Cuba bayangkan badan kecil mereka dilibas dengan tali pinggang,besi dan bermacam lagi..sehingga meninggalkan kesan dan luka yang teruk..Sedih hati melihatnya.. yang paling kejam 2, baby yang comel dan masih kecil turut didera hingga mati.. KEJAM!!! dimanakah akalmu??? berhati binatang,!! binatang pun masih sayangkan anak2nya..xp manusia??? <------ persoalan inilah sehingga sekarang masih tinggal tanda soal... apakah yang patut digelar manusia seprti ini.. hummm,. :(




Tengok gambar nie pun dah cukup menyedihkan hati sesiapa saja yang ''mempunyai hati manusia'' and bukannya mempunyai hati syaitan. Kes terbaru adalah seorang bapa tiri berbangsa India mendera anak tirinya..dan telah ditangkap..haaaa...amik kau teruklah kau kena dera dalam penjara nanti... masa 2 baru kau rasa macam mana sakitnya budak kecil yang kau pukul tanpa belas kasihan 2. Anda nak tau macam mana lelaki xberhati perut nie memukul anak tirinya...oke boleh lihat video di bawah nie..scroll ke bawah yew.. 

(MAAF VIDEO NIE X  ROTATE..ANDA ROTATE LAAHH SENDIRI KEPALA ANDA YEW.HIHI)


Apa pendapat anda??? sanggupnya seorang bapa melakukan sedemikian terhadap budak kecil,,apa laaa sangat seorang budak mampu lakukan bila dipkul...nak melawan??? kudrat mereka xmampu nak melawan kembali... jadi mereka hanya mampu menangis dan membiarkan tubuh mereka dipukul,,,aduhhhh,,,:( sedih sangat... sye memang sensitif bila tengok kanak2 dipukul...Kita dikurniakan akal fikiran untuk berfikir dengan waras jadi pleaseeeeeeee jangan berfikir dengan patella(kepala lutut) anda...sekian dulu sehingga sini...sye undur dri dulu...see u again...

(MS CINDERELLA)

Tentera Islam Dalam Perang Salib...

Assalammualaikum semua...hari ini saya ingin memberi info siapa kah Salahudin Al-Ayubi iaitu salah seorang panglima tentera masa perang salib kedua...disini saya akan nyatakan riwayat hidup beliau...


Salahudin Al-Ayubi atau nama sebenarnya Sholahuddin Yusuf bin Ayyub, Atau Saladin –menurut panggilan orang Barat– lahir pada tahun 1137M, di kota Tikrit, berhampiran dengan Sungai Tigris, kira-kira 140 km dari kota Baghdad.

Beliau dari suku bangsa Kurdish dan semasa dilahirkan keluarganya dihalau dari Tikrit oleh pemerintah Baghdad kerana dituduh penghianat. Dalam perjalanan ke Alleppo Salahudin dilahirkan sehingga ayahnya berkata Anakku ini dilahirkan ketika aku dalam kesusahan. Aku bimbang kelahirannya membawa sial. Tidak siapa menyangka bayi itu menjadi pahlawan terbilang.

Semasa kecilnya Salahuddin Al Ayubi mendapat pendidikan ilmu ketenteraan daripada bapa saudaranya Asaddin Shirkuh atau Assaddudin Shirkuwah seorang panglima perang.

Salahuddin dibesarkan sama seperti anak-anak Kurdish biasa. Pendidikannya juga seperti orang lain, belajar ilmu sains di samping seni peperangan dan mempertahankan diri. 
Tiada seorangpun yang menyangka suatu hari nanti dia akan merampas kembali bumi Palestin dari tentera Salib. Walau bagaimanapun Allah telah mentakdirkannya untuk menjadi pemimpin besar pada zamannya dan Allah telah menyediakan dan memudahkan jalan-jalannya ke arah itu.

Kerjayanya bermula sebagai tentera berkuda Al-Malik Nuruddin, sultan Aleppo, kemudian dia diperintahkan untuk pergi ke Mesir. Pada masa itu Mesir diperintah oleh kerajaan Fatimiyah yang berfahaman Syiah. Pada mulanya Salahudin berasa berat hati hendak berangkat ke Mesir kerana lebih sayangkan Aleppo. Sesungguhnya Allah perancang yang Maha Bijaksana seperti yang termaktub dalam Al Quran; Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu (Al-Baqarah:216).

Apabila Salahudin sampai di Mesir keadaan tiba-tiba berubah. Dia yakin Allah telah memberi tanggung jawab kepadanya untuk membebaskan Baitul Muqaddis dari penaklukan Kristian. Dia menjadi seorang yang zuhud dan tidak tergoda dengan kesenangan dunia.

Stanley Lane Poole mencatatkan bahawa Salahuddin mengubah cara hidupnya kepada yang lebih keras. Dia bertambah warak dan menjalani hidup yang lebih berdisiplin dan sederhana. Dia mengenepikan corak hidup senang dan memilih corak hidup sederhana yang menjadi contoh kepada tenteranya. Dia menumpukan seluruh tenaganya untuk membina kekuatan Islam bagi menawan semula Jerusalem. Salahuddin pernah berkata, Ketika Allah menganugerahkan aku bumi Mesir, aku yakin DIA juga bermaksud Palestin untukku. Ini menyebabkan DIA memenangkan perjuangan Islam.

Sehubungan dengan itu Salahudin telah menyerahkan dirinya untuk jalan jihad. Fikiran Salahuddin sentiasa tertumpu kepada jihad di jalan Allah. Bahauddin, jurutulis Sultan Salahudin mencatatkan, semangat Salahuddin sentiasa berkobar-kobar untuk berjihad menentang tentera Salib telah menyebabkan jihad menjadi tajuk perbincangan yang paling digemarinya.Dia sentiasa meluangkan seluruh tenaganya untuk memperkuat pasukan tenteranya, mencari mujahid-mujahid dan senjata untuk tujuan berjihad. Jika ada sesiapa yang bercakap kepadanya berkenaan jihad dia akan memberikan sepenuh perhatian. Sehubungan dengan ini dia lebih banyak di dalam khemah perang daripada duduk di istana bersama sanak keluarga. Siapa sahaja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya. Apabila dia telah memulakan jihad melawan tentera salib dia akan menumpahkan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tenteranya.

Dalam medan peperangan dia bagaikan seorang ibu yang kehilangan anak. Dia akan bergerak dari satu penjuru ke penjuru yang lain dalam usaha menaikkan semangat tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah. Dia sanggup pergi ke pelosok tanah air dengan mata yang berlinang mengajak umat Islam supaya bangkit membela Islam. Ketika perang berlansung dia lebih suka berpuasa. Semasa mengepung Acre dia demam namun tetap berpuasa. Doktor peribadinya berkata bahawa Salahuddin hanya berbuka dengan beberapa suap makanan sahaja kerena tidak mahu perhatiannya kepada peperangan terganggu.

Kemenangan peperangan Hittin telah membuka jalan mudah kepada Salahuddin untuk menawan Baitul Muqaddis. Bahauddin telah mencatatkan bahawa Salahuddin sangat-sangat berhajat untuk menawan baitul Muqaddis Hajatnya tercapai pada hari jumaat, 27 Rajab, 583H, iaitu pada hari Israk Mikraj, Salahuddin telah memasuki Masjidil al Aqsa.




Dalam catatan Bahauddin menyatakan inilah hari kemenangan atas kemenangan. Ramai orang yang terdiri dari ulama, pembesar-pembesar, peniaga dan orang-orang biasa datang merayakan kemenangan ini. Kemudiannya ramai lagi orang datang dari pantai dan hampir semua ulama-ulama dari Mesir dan Syria datang untuk mengucapkan tahniah kepada Salahuddin. Boleh dikatakan hampir semua pembesar-pembesar datang. Laungan Allahhu Akbar dan Tiada tuhan melainkan Allah telah bergema ke angkasa.

Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin semasa peperangan ini sangat jauh berbeda daripada kekejaman tentera Salib. Ahli sejarah Kristian pun mengakui hal ini. Lane-Poole mengesahkan bahwa kebaikan hati Salahuddin telah mencegahnya daripada membalas dendam. Dia telah menuliskan yang Salahuddin telah menunjukkan ketinggian akhlaknya ketika orang-orang Kristian menyerah kalah.Tenteranya sangat bertanggung jawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan hinggakan tiada kedengaran orang-orang Kristian diperlakukan tidak baik.

Selanjutnya Lane-Poole menuliskan bagaimana pula tindak-tanduk tentera Kristian ketika menawan Baitul Muqaddis kali pertama pada tahun 1099. Telah tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem jalan-jalan itu 'tersumbat' dengan mayat-mayat, orang-orang Islam yang tidak bersenjata disiksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat dari atas bumbung dan menara rumah-rumah ibadah. Darah yang membasahi bumi yang mengalir dari pembunuhan orang-orang Islam secara beramai-ramai telah mencemarkan kesucian gereja di mana sebelumnya kasih sayang sentiasa diajarkan.

Maka sangat bernasip baik orang-orang Kristian apabila mereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin. Lane-Poole juga menuliskan, jika hanya penaklukan Jerusalem sahaja yang diketahui mengenai Salahuddin, maka ia sudah cukup membuktikan dialah seorang penakluk yang paling penyantun dan baik hati di zamannya bahkan mungkin di sepanjang zaman.

Lane-Poole juga menuliskan dalam setiap peperangan Salahuddin sentiasa berbincang dalam majlis yang membuat keputusan-keputusan ketenteraan. Kadang-kadang majlis ini membatalkan keputusan Salahuddin sendiri. Dalam majlis ini tiada siapa yang mempunyai suara lebih berat tiada siapa yang lebih mempengaruhi fikiran Salahuddin. Semuanya sama sahaja. Dalam majlis itu ada adiknya, anak-anaknya, anak saudaranya, sahabat-sahabat lamanya, pembesar-pembesar tentera, kadi, bendahari dan setiausaha. Semuanya mempunyai sumbangan yang sama banyak dalam membuat keputusan. Pendeknya semuanya menyumbang dalam kepakaran masing-masing. Walau apa pun perbincangan dan perdebatan dalam majlis itu, mereka memberikan ketaatan mereka kepada Salahuddin.

Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah mencatatkan berkenaan kewarakan Salahuddin. Dia sentiasa melakukan sembahyang berjemaah. Bahkan ketika sakitnya pun dia memaksa dirinya berdiri di belakang imam. Dia sentiasa mengerjakan sembahyang Tahajjud. Bahauddin melihatnya sentiasa sembahyang di belakang imam ketika sakitnya, kecuali tiga hari terakhir di mana ia telah tersangat lemah dan selalu pingsan.

Dia tidak pernah tinggal sembahyang fardhu. Tetapi dia tidak pernah membayar zakat harta kerana tidak mempunyai harta yang cukup nisab. Dia sangat murah hati dan akan menyedekahkah apa yang ada padanya kepada fakir miskin dan kepada yang memerlukan hinggakan ketika wafatnya dia tidak meninggalkan harta. Bahauddin juga mencatatkan bahawa Salahuddin tidak pernah meninggalkan puasa Ramadhan kecuali hanya sekali apabila dinasihatkan oleh Kadi Fadhil. Ketika sakitnya pun ia berpuasa sehinggalah doktor menasihat kannya dengan keras supaya berbuka. Lalu ia berbuka dengan hati yang berat sambil berkata, Aku tak tahu bila ajal akan menemuiku. Maka segera ia membayar fidyah.

Dalam catatan Bahauddin juga menunjukkan Salahuddin teringin sangat menunaikan haji ke Mekah tetapi dia tidak pernah berkesempatan. Pada tahun kemangkatannya, keinginannya menunaikan haji telah menjadi-jadi tetapi ditakdirkan tidak kesampaian. Dia sangat gemar mendengar bacaan Quran. Dalam medan peperangan ia acap kali duduk mendegar bacaan Quran para pengawal yang dilawatnya sehingga 3 atau 4 juzuk semalam. Dia mendengar dengan sepenuh hati sehingga air matanya membasahi dagunya.

Dia juga gemar mendengar bacaan hadis Rasulullah saw. Dia akan memerintahkan orang-orang yang bersamanya duduk apabila hadis dibacakan. Apabila ulama hadis datang ke bandar, dia akan pergi mendengar kuliahnya. Kadang kadang dia sendiri membacakan hadis dengan mata yang berlinang.

Salahuddin sangat yakin dan percaya kepada pertolongan Allah. Dia biasa meletakkan segala harapan nya kepada Allah terutama ketika dalam kesusahan. Pada satu ketika dia berada di Jerusalem yang pada masa itu seolah-olah tidak dapat bertahan lagi dari pada kepungan tentera bersekutu Kristian. Walaupun keadaan sangat terdesak dia enggan untuk meninggalkan kota suci itu. Malam itu adalah malam Jumaat musim sejuk. Bahaauddin mencatatkan, Hanya aku dan Salahuddin sahaja pada masa itu. Dia menghabis kan masa malam itu dengan bersembahyang dan munajat.


Aku berada di sebelahnya ketika dahinya mencecah bumi sambil menangis hingga air matanya mambasahi janggutnya dan menitik ke tempat sembahyang. Aku tidak tahu apa yang didoakannya tetapi aku melihat tanda-tanda doanya dikabulkan sebelum hari itu berakhir. Perbalahan berlaku di antara musuh-musuh yang menatijahkan berita baik bagi kami beberapa hari kemudian. Akhirnya tentera salib membuka khemah-khemah mereka dan berangkat.

Salahuddin tidak pernah gentar dengan ramainya tentera Salib yang datang untuk menentangnya. Dalam satu peperangan tentera Salib berjumlah sehingga 600,000 orang, tetapi Salahuddin menghadapinya dengan tentera yang jauh lebih sedikit. Berkat pertolongan Allah mereka menang, membunuh ramai musuh dan membawa ramai tawanan. Ketika mengepung Acre, pada satu petang lebih dari 70 kapal tentera musuh beserta senjata berat mendarat. Boleh dikatakan semua orang merasa gentar kecuali Salahuddin. Dalam satu peperangan yang sengit semasa kepungan ini, serangan mendadak besar-besaran dari musuh telah menyebabkan tentera Islam kalang kabut. Tentera musuh telah merempuh khemah-khemat tentera Islam bahkan telah sampai ke khemah Salahuddin dan mencabut benderanya. Tetapi Salahuddin bertahan dengan teguhnya dan berjaya mengatur tenteranya kembali sehingga dia berjaya membalikkan kekalahan menjadi kemenangan.

Musuh telah kalah teruk dan berundur meninggalkan lebih kurang 7,000 mayat-mayat. Bahauddin ada mencatatkan betapa besarnya cita-cita Salahuddin. Suatu hari Salahuddin pernah berkata kepadanya, Aku hendak beri tahu padamu apa yang ada dalam hatiku. Apabila Allah mentakdirkan seluruh tanah suci ini di bawah kekuasaanku, aku akan serahkan tanah-tanah kekuasaanku ini kepada anak-anakku, kuberikan arahan-arahanku yang terakhir lalu ku ucapkan selamat tinggal. Aku akan belayar untuk menaklukkan pulau-pulau dan tanah-tanah yang lain. Aku tak akan meletakkan senjata ku selagi masih ada orang-orang kafir di atas muka bumi ini sehingga ajalku sampai.

Salahuddin memiliki asas pengetahuan agama yang kukuh. Dia juga mengetahui setiap suku-suku kaum Arab dan adat-adat resam mereka. Bahkan dia mengetahui sifat-sifat kuda Arab walaupun dia sebenarnya orang Kurdish. Dia sangat gemar mengumpulkan pengetahuan dan maklumat dari kawan-kawannya dan utusan-utusannya yang sentiasa berjalan dari satu penjuru ke satu penjuru negerinya. Di samping Quran dia juga banyak menghafal syair-syair Arab. Lane-Poole juga ada menuliskan bahawa Salahuddin berpengetahuan yang dalam dan gemar untuk mendalami lagi bidang-bidang akidah, ilmu hadis serta sanad-sanad dan perawi-perawinya, syariah dan usul figh dan juga tafsir Quran.

Kejayaan terbesar Sultan Salahudin Al Ayubi ialah mengalahkan tentera Salib pada tahun 1171. Baginda memerintah selama 22 tahun telah membina kubu pertahanan dikenali sebagai al-Qalaah (Citadel) yang mana melindungi kota Kaherah dan kota lama al-Fustat dari serangan musuh. Selepas beliau meninggal pada tahun 1193 di Damsyik, Syria, pewaris-pewarisnya telah memerintah Mesir sehingga tahun 1250.

Stanley Lane Poole (1914) seorang penulis Barat menyifatkan Salahuddin sebagai seorang yang memilliki kelebihan daripada orang lain kerana menunjukkan akhlak yang mulia. Menurutnya pada hari tentera salib menakluk Jerusalem pada tahun 1099, mereka telah menyembelih orang-orang Islam termasuk wanita dan kanak-kanak, bermula dari pagi hinggalah ke tengah malam. Pada keesokan harinya mayat-mayat orang Islam bertimbun setinggi paras lutut di sepanjang jalan di Jerusalem.

Tetapi apabila Sultan Salahudin al-Ayubi menakluk kembali Jerusalem pada 1187, tentera Islam tidak membunuh seorang pun penduduk Jerusalem , malah pada keesokan harinya Salehudin telah membenarkan penganut semua agama (tidak kira sama ada Islam atau Kristian atau Yahudi) untuk bersembahyang di tempat-tempat suci masing-masing di bandar tersebut.

Satu lagi kebaikan yang ditunjukan oleh Sultan Salahudin ialah kepada musuhnya Raja Richard Berhati Singa yang datang dari England. Ketika peperangan sedang berlansung, Raja Richard jatuh sakit lalu Sultan Saladin mengirimnya buah-buahan segar, air sejuk dan seorang dokter. Kerana terharu dengan kebaikan Sultan Salahudin maka akhirnya ditandatangani perjanjian damai pada 1 September 1192 sehingga orang-orang Eropah berasa takjub bagaimana agama Islam boleh melahirkan seorang pahlawan yang baik seperti Salahudin Al Ayubi.

Sebelum meninggal dunia Sultan Salahudin Al Ayubi berpesan kepada anak-anaknya; "Jangan kamu menumpahkan darah, kerana apabila darah telah terpercik tidak ada yang tertidur."

Pada hari Rabu, 27 Safar, 589H, pulanglah Salahuddin ke rahmatullah pada usia 57 tahun. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis mengenai hari-hari terakhir Salahuddin.

Pada malam 27 Safar, 12 hari selepas jatuh sakit, dia telah menjadi sangat lemah. Syeikh Abu Jaafar seorang yang warak telah diminta menemani Salahuddin di Istana supaya membaca al Quran. Memang pada malam itu telah nampak tanda-tanda berakhirnya hayat Salahuddin. Syeikh Abu Jaafar telah duduk di tepi katilnya semenjak 3 hari yang lepas membacakan Quran. Dalam masa ini Salahuddin selalu pingsan.

Apabila Syeikh Abu Jaafar membacakan ayat, Dialah Allah, tiada tuhan melainkan Dia, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata (Al-Hasyr: 22), Salahuddin membuka matanya sambil senyum, mukanya berseri dan denga nada yang gembira ia berkata, Memang benar tidak ada Tuhan selain Allah. Selepas dia mengucapkan kata-kata itu dia menghembuskan nafasnya yang terakhir sebelum subuh, 27 Safar.

Seterusnya Bahauddin menceritakan Salahuddin tidak meninggalkan harta kecuali 1 dinar 47 dirham. Harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk belanja pengkebumiannya. Bahkan kain kafan pun diberikan oleh seorang menterinya.



Itulah riwayat hidup Salahudin Al-Ayubi...sekian

(Source : Achmad Falatehan Personal Blog)

(mr.Cadburry)


BAHANG DUNIA SOSIAL

ASSALAMUALAIKUM

Miss Cinderella here!!``~ ~ 
hye kawan2, mesti korang tertanya2 kan bila baca title kat atas 2..hehe..
malam nie sye nak merepek sikit dengan korang semua, akibat overdose sleeping jd cmnie laaa...
sebab 2 lahh orang tua2 kata xelok tidur disiang hari..bila malam mula laaa nak jadi burung hantu..kalau jadi burung hantu saja boleh diterima lagi but!! burung hantu yang duk owwkkk`~ ~ owkkkk sana sini..haaaa 2 masalah namanya..hehe...oke laaaa berbalik semula pada tittle di atas 2..''BAHANG DUNIA SOSIAL''
apa yang korang faham tentang tittle 2..?? 

Pada masa sekarang nie, dunia sosial dengan remaja bagai isi dengan kuku kan?? dah xboleh dipisahkan..budak kecik pun dah pandai tweet2... oke laaa kita ambil contoh yang simple...today's, laman sosial macam facebook,twitter,tagged, and bla bla bla....jenuh ceq nak huraikan..berduyun2 laman sosial yang korang guna.. pandai2 korang laaa fikir yew.hihi.
so benda alah nie semua dah seperti adik beradik korang, tidur pun teringat2, makan pun teringat2, sampaikan masuk toilet nak berak pun di updatenya,,,aduhhaii!! zaman IT sekarang nie mak cik jual petai tepi jalan pun boleh famous hanya dengan ada akaun FB or TWITTER.. update sikit2..follower ramai sah gempak kau mok cik!! hahaha.. walaupun hanya sebagai penjual petai xp boleh jadi gempak macam artis..senangkan..?? dunia2...

Tapi korang sedar x?? disebalik semua 2 ada nilai positif & negatif nya. hoyaa,,oke meh sye cerita ckit yew... sama ada positif atau negatif semua 2 bergantung pada diri kita sendiri yang menjadikan benda 2 positif ataupun negatif.. so up 2 u laaa.. nak gunakan semua 2 untuk kebaikan or keburukan... kadang2 kita xsedar dalam mencari famous di FB 0r TWITTER( contoh,sebab dua benda nie y duk famous pun).. kita mendedahkan diri kita pada umum,setiap yang kita lakukan dalam seharian 2 kita update or tweet and of course laa semua orang tahu.. xsalah nak beritahu kawan2 korang dkat fb or twitter 2,xp biarlah ada privasi sedikit,supaya tidak timbul fitnah,sabotaj,and macam2 lagi pada diri anda.. PRIVASI ITU PENTING!!

Selain itu, pada yang duk bercintan cintun 2 janganlah'' terover'' sangat bila ada fb & twitter...kacau awek/pakwe sana sini.. sometime, fb and tweet2 nie boleh menghancus leburkan sesebuah hubungan.. yewlaa mana x nya, kalau si pakwe duk syokk balas komen or tweet dengan girls lain, of course laa si aweknya naik angin,bukan setakat angin,ribut taufan semua naik,nasib x tsunami jew.So,tercetuslah perang dunia..akhirnya bendera ''BREAK'' dikibarkan.. ohh nooo!! terpisahnya dua kekasih sejati hanya disebabkan laman sosial.??.ish2~ ~ xpatut2...so korang pandai2lah jaga batas bersosial di fb,twitter or something like that.. 

Apa kata korang guna laman sosial 2 untuk sebarkan ilmu agama or something yang berguna pada semua orang.. xsalah sekali sekala jadi baik kan2??hehehe.. ^_^ so nasihat sye manfaatkan kemudahan yang ada 2 untuk melakukan kebaikan.. boleh gak aihhh famous...don't worry be happy...famous2 xlama mana pun... oke laaa sampai dsini dulu...miss cinderella berceloteh... selamat malam and see u again... 


(Miss Cinderella)

CUAK~~toink~

ASSALAMUALAIKUM  :)

Jawab dulu salam 2 wahai kawan2 yang dikasihi...^_^ good evening guys~~
OMG!! result dah keluar..xsabar2 nak tengok...agak2 laaa kan?? ape laa yang Ms Cinderella dapat kan..harap2 keputusan yang gempak..hikhik..( sekali sekala angan2 tinggi ke marikh)
Sekarang nie,cuti sekolah pun dh nak sampai ke penghujung kan? mesti student2 sekolah menengah or rendah tarik muncung ke depan kan sebab lepas nie kena bangun awal kembali, galas beg sekolah korang yang berat berkilo2 mengalahkan bawa beras seguni(semangat nak pergi belajar la katakan) ..  kena dengar cikgu berleter, kerja sekolah bertimbun2.hahaha....Itulah alam persekolahan, tapi pada sye laa kann alam persekolahan lebih seronok berbanding alam kolej... sye rindu sangat time sekolah dulu, tapi masa x dapat diputar kembali so perjalanan mesti di teruskan yang lepas dijadikan kenangan . Result PMR dah nak keluar, SPM pula akan follow dibelakang...so apa perasaan korang calon2 PMR&SPM?? hehehe.... jangan takut, bila result dh keluar pergi ambil dengan muka yang berseri2....jangan buat muka tempe korang 2 yewww...hehe... Insya Allah korang akan dapat result yang membanggakan... Good luck guys!!!..
Sye undur diri dulu.. hari nie hanya nie saja lah yang sye merepek yew nanti kita jumpa lagi..bubye buddiez :)


(MS CINDERELLA)                                                                  

TUTORIAL :)

ASSALAMUALAIKUM :)
Ms Cinderella disini..oke laaaa tutorial kali nie untuk tolong kawan sye..

oke ira tengok step by step yew..:)

*Mula2 search dulu dekat internet laman web PTPTN and akan keluar macam nie 


(untuk lebih jelas klik pda gambar yew)
 *klik pada petak yang kedua 2,yang bertulis laman ptptn online...

*Oke next step,akan keluar seperti di bawah nie 


*Masukkan ic number & password (klik pada gambar kalau xjelas)
kemudian akan keluar macam nie..



*Klik seperti diatas kemudian akan keluar seperti gambar dibawah



*Tekan saja seperti ditunjuk dalam gambar,semua maklumat akan di print out..

oke itu saja...jika belum faham boleh mesej or call me anytime :)


(Ms Cinderella ^_^ )

Manusia berhati binatang :(

ASSALAMUALAIKUM
Selamat petang kawan2, tadi Ms Cinderella tengok satu video tentang penderaan terhadap kanak2..Ya Allah sedihnya hati nie bila tengok bayi yang tidak mampu melakukan apa2 di dera,...cukup laaa setakat sini saja sye menulis....korang tengok jewla video nie. MANUSIA atau BINATANG KAH INI?? korang yang tertentukan...

(MS CINDERELLA)

C.I.N.T.A

Assalamualaikum dan selamat malam(ehhh dh pagi laaa)
hye semua, ms cinderella disini.:)
kawan2 semua tujuan sye tiba2 menulis pagi2 buta nie disebabkan hati nie trgerak nak bercerita tentang cinta.Yuppppp..CINTA a.k.a LOVE(bak kata mat salleh laaa) .. kenapa?? ada apa dengan cinta?? oke sini sye nak cerita sedikit... sejak kita akil baligh lagi kita dah mula merasai cinta nie kan?? alahhh yang korang duk ehem2(bersayang2) dengan pakwe korang 2 laaa...Tapi pda seusia 2 korang yakin kew yang duk ber papa mama, baby, ucuk, sayang dan seangkatannya laaa. itulah CINTA?? Adik2 sebenarnya cinta nie boleh dirasai bila adik2,kawan2 mula faham apa itu CINTA....so bila pakwe/makwe korang ckap I Cinta You ^_^ STOPPPPP!!!! jgn mudah cair dengan kata2 manis sehingga kencing manis kedua2nya.. Tanya dulu pada pasangan kamu 2 dia faham x apa itu CINTA?? semua orang boleh mengeluarkan ayat seperti diatas itu,xp tanya pada hati, apa yang kamu faham tentang cinta. Cinta & Sayang adalah berbeza,jgn tersilap pula...SAYANG! perasaan sayang nie kita boleh beri pada family,kawan2,tok cik,mok cik...sooo sayang pada siapa saja kita boleh tuju..TAPI! CINTA...hanya pada seorang sahaja yang betul2 kita cintai.. jadi perasaan cinta ini adalah limited edition.That's way laaa bila sebut saja cinta hati sesiapa saja yang berbunga2 tuu boleh cair...sebab perasaan ini hanya orang tertntu sahaja yang dapat..Maksud sye bila seseorang lelaki yang sememangnya mencintai anda dia berani menyebut ayat keramat 2 dengan sepenuh hati dan ikhlas... bila seseorang lelaki 2 betul2 amat cintakan anda dia bersedia ke arah seterusnya...BUKAN macam cinta monyet zaman sekolah...Aduhaiii~~~ monyet juga dipersalahkan....yang korang nak bercinta mcm monyet 2 kenapa?? 2 yang bnyak kes frust tertonggeng 2...alahaiiiii.... 

Ms cinderella pun pernah bercintan cintun juga jd sebab 2 laaa adalah serba sedikit pengalaman yang boleh dijadikan panduan n dishare2 dgn kamu semua... SHARING IS CARING :)) peace yooo...
apa yang sye boleh cakap dekat sini bila kita dah bersedia membuka pintu hati kita untuk perkara2 diatas 2 maka dengan rasminya anda WAJIB menerima cabaran,dugaan percintaan yang get ready nak terjah...Tapi ingat cabaran & dugaan yang mendatang 2 sebenarnya penambah rasa dlam percintaan kamu yang akan membuat kamu lebih menikmati kebahagiaan sesebuah hubungan itu...

Dalam bercinta sikap bertolak ansur itu penting untuk  mengekalkan dan menjaga hubungan yang terjalin....
Lagi satu,     ''DO NOT REMEMBER APA YANG DAH LEPAS''
apa yang terjadi yang berkurun lamanya jgn laaa di toleh lagi...xelokkk....yang lepas biar lepas. oke dude...

oke laaaa.....kawan2...adik2..abang2,Ms Cinderella undur diri duluu untuk sleeping beauty...see u again~~
:)