Bayi dibakar

ASSALAMUALAIKUM





JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun dijumpai mati dibakar dengan perut terburai sebelum dibuang di kaki sebuah bukit di Jalan Salleh, Bukit Chagar di sini semalam.
Timbalan Ketua Polis Johor Bahru Selatan (JBS), Superitendan Abdul Samad Salleh berkata, anggota badan mangsa didapati rentung 80 peratus.
Pihaknya juga percaya, kanak-kanak malang itu dibakar dengan sejenis minyak dan kemudian dibungkus dalam plastik.
Bagaimanapun, identitinya masih belum dikenal pasti.
“Mayat itu dipercayai berada di kawasan ini kira-kira 12 jam yang lalu dan perut kanak-kanak terbabit juga didapati terburai,” katanya kepada Kosmo!.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1222&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2FpHBdWLc 
Hakcipta terpelihara 


Kawan2 dah baca??? apa perasaan anda?? siapakah yang melakukan ini semua??dimanakah akal fikiran mereka?? persoalan ini bermain2 difikiran sesiapa saja yang melihat keadaan budak nie.. betulkan??hummm...sedih dan sebak melihat keadaan bayi nie..  x dapat bayangkan bertapa sakitnya bayi nie dibakar... cuba bayangkan jika bayi nie masih hidup sewaktu dibakar.. Ya Allah sakitnya!!!!   


(Ms Cinderella)

No comments:

Post a Comment