Kalau aku kaya


Assalamualaikum
 Hye uolls, Ms Cinderella here

                                               What's up? hye uolls,dah lama aku anak tirikan blog nie,dah berhabuk pun,bukan main tebal lagi berinci2.Nak kata aku busy mengalahkan menteri takda lah sangat, makan tidur dan menternak lemak tu adalah.hahaha.(huwaaa!!!! KILO DAH MENINGKAT)
Aku dah cuba berdiet tapi nak buat macam mana kan,nafsu makan nie kuat sangat,nak makan itulah inilah..Haaaaa!! macam mana nak turun berat badan tu kalau cam gini?? sebenarnya aku nie jenis yang agak liat nak bersenam sebab tu lemak aku nie pun liat nak menghilangkan dirinya dari badan aku.(hei!!!apa yang kau mengarut nie,kembali ke topik asal la cik kak!)
Actually,bukan benda nie yang aku nak mengomel panjang2 hari nie,yang aku nak bebelkan ialah pasal video dekat bawah nie.Sumpah sedih weeehhh, aku menangis hentak2 kaki tengok video.Timbul kesedaran dalam diri aku bila tengok video nie, selama nie kita terlalu dilimpahi dengan kesenangan hingga kita lupa tentang nasib orang disekeliling kita.Kita menjadi manusia yang selfish dengan kesenangan yang kita ada,padahal dekat luar sana tu ramai saudara kita yang tidak bernasib baik.Sebelum aku membebel panjang2 lagi apa kata uolls tengok dulu video nie.

Sedih kan?? :( 

Aku yakin ramai di antara kita yang selalu membazir terutamanya time puasa,right?? Malaysia terkenal dengan makanan selain daripada pelancongan, negara kita sana sini ada jual makanan, sehingga negara kita berjaya melahirkan ramai obesiti yang comel2 tu.(adakah aku pun tersenarai sekali?) Pernah tak kita terfikir tentang negara jiran yang majoriti masyarakatnya dari golongan yang miskin, contohnya macam negara India, di sana ramai yang tak bernasib baik macam kita, mereka melalui kehidupan yang susah.Nak makan nasi tomato macam kita pun susah tau,ehhh?? ada ka nasi tomato dekat sana??

Di sana serba serbi kurang dari segi perubatan,pendidikan,perkerjaan dan sebagainya,cukuplah tu,kalau nak senaraikan sampai subuh esok pun belum habis rasanya,yang pasti banyak kekurangan berbanding dengan kita yang terlebih senang pula,Semua dah tersedia elok untuk kita,tinggal nak dengan tak nak jaaa..Rasanya tak salahkan kalau kita dengan hati yang ikhlas menghulurkan bantuan kepada mereka yang teramat memerlukan bantuan daripada kita terutamanya kanak2.Tak habis pun harta tujuh keturunan anda tu kalau membantu mereka,bersedekah dan membantu golongan yang memerlukan bukan satu kerugian pun.Cubalah dekati,kenali dan selami kehidupan mereka.Dalam kehidupan nie kita ada dua pilihan, semuanya bergantung pada diri kita,yang mana menjadi pilihan kita.Kalau aku kaya dah lama aku jadi terlebihsukarelawan dan pergi bantu mereka, tapi nak buat macam mana kan makan minum pun masih ditanggung parents,ada hati nak tanggung hidup orang lain pula,but sekurang2nya aku ada gak niat murni nak membantu.kan2???hehe.


THANKS FOR READING :) SEE U AGAIN UOLLS ~~~

No comments:

Post a Comment